Sunday, June 29, 2014

RAHSIA PERTEMUAN MB DAN ADUN KIJAL?

Pada malam hujung minggu lalu MB baru telah berkunjung kerumah Adun Kijal di Teluk Kalung, Kemaman.bagi meminta bantuan Adun Kijal membantu beliau kekal di takhta MB untuk tempuh hampir empat tahun mendatang.

Adun Kijal melahirkan rasa kesal pertukaran Pegawai Tadbir terbesar dalam sejarah yang menyaksikan potong memotong dan pintas memintas serta memecah tradisi pegawai senior diketepikan daripada jawatan Pegawai Kewangan Negeri dan beberapa jawatan utama. MB hanya menjawab beliau tidak terlibat dan dijalankan oleh orang lain.

Adun Kijal juga meminta bantuan MB supaya PM memberi sesuatu jawatan yang sesuai bagi menebus maruah pemecatan beliau sebagai MB. Setrusnya menegaskan kepada MB,sekiranya tiada apa-apa tindakan memberi sesuatu jawatan beliau akan bercuti pada sidang DUN september ini.

Seorang Pegawai yang mengikuti lawatan MB memaklumkan kepada 2 orang pembantu Adun Kijal itu bahawa nasib MB untuk terus kekal bergantung rapat kepada Adun Kijal.

Pada malam perlantikan MB baru, Adun Kijal beserta 2 exco lagi telah mengistiharkan keluar parti hingga menyebabkan kerajaan hampir jatuh. MB juga masa itu telah berbincang dengan speaker untuk bubar DUN.

Peristiwa itu hampir mencatat sejarah MB baru sebagai MB yang paling pendek memegang jawatan MB Terengganu.

Adun Kijal juga meminta kerjasama MB supaya mengekalkan kepimpinan yang ada dalam GLC untuk satu tempuh tertentu dan tidak dizalimi sebagaimana yang dilakukan kepada Pegawai Tadbir.

Dalam pertukaran Pegawai Tadbir itu kelihatan Pegawai yang tegar UMNO yang hingga peringkat kepipinan dan penceramah diketerikan. Sebalikya pegawai yang pernah naik pentas bersama Pas telah diberi kedudukan yang tinggi.

No comments:

Post a Comment