Monday, June 30, 2014

EXCO Terengganu tidak berfungsi dengan adanya 4 Ketua MB?

Ahli exco kerajaan Terengganu tidak diganti, itulah syarat yang ditetapkan adun kijal untuk kembali kepada umno bagi mb baru terus kekal.

MB baru akur demi pertahankan jawatan MB daripada telepas bagitu saja ekoran 3 adun keluar parti dan 3 lagi standby untk berbuat demikian.

Bagi memastikan MB baru terus berkuasa tanpa halangan daripada exco kerajaan yg digulingkan, Mb baru akan melantik penasihat-penasihat mengikut portfolio exco seperti pelajaran, usahawan, tugas2 khas dan sebagainya yang akan bertindih tugas dengan exco.

Beberapa orang  exco telah menyatakan isi hatinya kepada pentadbiran lama telah diketepikan tidak seperti bawah kerajaan yang lalu.

Mereka secara terbuka telah melahirkan rasa kecewa terhadap MB baru dan beberapa Ketua Menteri Besar yang menguasi Pentadbiran Negeri.

Mereka menyuarakan harapan supaya pusat membuat perubahan melantik 2 exco kanan sebagai MB dan Naib MB baru bagi memastikan umno Terengganu kuat dan memenangi PRU akan datang.


Sunday, June 29, 2014

RAHSIA PERTEMUAN MB DAN ADUN KIJAL?

Pada malam hujung minggu lalu MB baru telah berkunjung kerumah Adun Kijal di Teluk Kalung, Kemaman.bagi meminta bantuan Adun Kijal membantu beliau kekal di takhta MB untuk tempuh hampir empat tahun mendatang.

Adun Kijal melahirkan rasa kesal pertukaran Pegawai Tadbir terbesar dalam sejarah yang menyaksikan potong memotong dan pintas memintas serta memecah tradisi pegawai senior diketepikan daripada jawatan Pegawai Kewangan Negeri dan beberapa jawatan utama. MB hanya menjawab beliau tidak terlibat dan dijalankan oleh orang lain.

Adun Kijal juga meminta bantuan MB supaya PM memberi sesuatu jawatan yang sesuai bagi menebus maruah pemecatan beliau sebagai MB. Setrusnya menegaskan kepada MB,sekiranya tiada apa-apa tindakan memberi sesuatu jawatan beliau akan bercuti pada sidang DUN september ini.

Seorang Pegawai yang mengikuti lawatan MB memaklumkan kepada 2 orang pembantu Adun Kijal itu bahawa nasib MB untuk terus kekal bergantung rapat kepada Adun Kijal.

Pada malam perlantikan MB baru, Adun Kijal beserta 2 exco lagi telah mengistiharkan keluar parti hingga menyebabkan kerajaan hampir jatuh. MB juga masa itu telah berbincang dengan speaker untuk bubar DUN.

Peristiwa itu hampir mencatat sejarah MB baru sebagai MB yang paling pendek memegang jawatan MB Terengganu.

Adun Kijal juga meminta kerjasama MB supaya mengekalkan kepimpinan yang ada dalam GLC untuk satu tempuh tertentu dan tidak dizalimi sebagaimana yang dilakukan kepada Pegawai Tadbir.

Dalam pertukaran Pegawai Tadbir itu kelihatan Pegawai yang tegar UMNO yang hingga peringkat kepipinan dan penceramah diketerikan. Sebalikya pegawai yang pernah naik pentas bersama Pas telah diberi kedudukan yang tinggi.

Saturday, June 7, 2014

BABi DALAM CADBURY AGENDA JATUHKAN PENGUASAAN KOPRAT MELAYU ?


Kemelut coklat cadbury bermula apabila tersebar foto 2 dokumen makmal kementerian kesihatan yang mengesahkan 2 produk coklat cadbury iaitu coklat kacang hazel batch pengeluaran 200813MO1HI2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat kacang almond batch pengeluaran 221013N01RI1 bertarikh luput 15 Jan 2015 di katakan mengandungi lemak porcine iaitu lemak babi.

Ianya kemudian disahkan oleh ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau turut mengesahkan 3 sampel telah di uji KKM dan sampel ke 3 coklat cadbury tanpa kacang bebas dari porcine.

Persoalan yang timbul ialah :

- Kalau betul cadbury menggunakan lemak porcine dalam sebatian coklatnya sebagai pengawet kenapa sampel ke 3 iaitu coklat tanpa kacang di kesan tiada mengandungi porcine?. Adakah porcine tersebut datang dari kacang hazel dan almond? Sudah tentu tidak, kerana porcine adalah salah satu sebatian dalam coklat.

Persoalan lagi, kenapa Kementerian Kesihatan melaksanakan tugas yang bukan tugas kementerian itu? Atau mengambialih tugas Jakim. Hanya KP Jakim yang ada bidang kuasa  menentu halal haram bawah perundangan berkait halal haram.

Yang jelas menerima padah ialah Felda dan Tabung Angkatan Tentera yang merupakan pemilik Cadbury Malaysia .

Disinilah dapat di lihat agenda tersirat di sebalik kemelut cadbury ini.

Mungkinkah ada pihak2 tertentu mensabotaj coklat tersebut dengan mencemari sampel tersebut sebelum menghantarnya ke makmal KKM. Atau mencemarinya di peringkat proses pengeluaran semasa batch pengeluaran coklat tersebut di hasilkan.

Untuk makluman Cadbury Malaysia adalah syarikat milik Melayu di mana pemegang2 saham terbesarnya adalah Bousted Holding iaitu syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Felda. Ianya juga di uruskan oleh ramai pekerja2 melayu dari peringkat pentadbiran hinggalah ke pengeluaran.

Isu ini berjaya menjadikan orang Melayu Islam menyerang produk keluaran bangsa mereka sendiri. Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM dan Jaringan Melayu Malaysia telah terperangkap dalam permainan ini. Kedua dua NGO ini yang sebelum in begitu lantang mengajak kita memboikot produk kaum Cina kini menyerang syarikat milik Bumiputra. Setelah berjaya melaga2kan Melayu di pentas politik kita fasa seterusnya ialah melaga2kan kita di pentas ekonomi pula.

Dan nampaknya seperti sebelum ini misi mereka berjaya. Kita terus bertelagah sesama kita saling tunding menunding. Retak yang tiada siapa peduli kini menanti masa bila2 sahaja akan terbelah.

Benarlah pesanan nenek moyang kita dahulu :

" Menang sorak kampung tergadai"

Friday, June 6, 2014

Dapatkah Razif bertahan sebagai pemerintah Terengganu?

Hari ini MB baru mengadakan majlis kesyukuran di Masjid Pekan Ajil DUN Ajil sebagai komitmen yang DUN Ajil tidak disisihkan dalam masa pemerintahan YB Razif terhadap negeri Terengganu dan segala jajahan takluknya.

ADUN Ajil adalah merupakan antara enam ADUN yang menandatangani surat keluar parti pada hari rampasan kuasa pada 12 Mei yang lalu.

Pada malam rampasan kuasa, daripada enam adun yang menandatangani surat keluar parti, 3 daripadanya telah menghantar kepada astro awani dan setiausaha agung umno.

Bagi mengelakan daripada kerajaan BN jatuh pada hari tersebut, surat keluar parti daripada 3 lagi adun tidak diserahkan.

Tindakan cepat umno pusat mengadakan perundingan dengan 3 adun terlibat telah selamatkan pemerintahan bn  Terengganu daripada terkubur.

Menurut facebook zabidi saidi penulis portal free malaysia today 2 jun " terjumpa pengundi dun ajil yang beritahu trio dapat RM 20 juta bila masuk umno semula".

Kerajaan Umno Terengganu dalam keaadaan frigile hanya bergantung kepada terma rundingan kepada trio dipenuhi oleh Pusat.

Wednesday, June 4, 2014

PERTUKARAN PEGAWAI TADBIR TERENGGANU MB DERHAKA TITAH

DPertukaran pegawai tadbir Terengganu yang berkuatkuasa 2 Jun lalu bukan sahaja melakar sejarah dengan bilangan terbesar yang bakal dicatatkan dalam Malaysian Book of Rekod, tetapi telah menderhaka Titah Sultan.

Seorang pegawai kanan yang memangku jusa B tetah dititah berkenan ditukan bagi mengetuai sebuah pihakberkuasa tempatan. Namun  pihak kerajaan datang berjumpa kembali Sultan maklumkan derhaka titah bagi memberi jawatan lain. Akhirnya pegawai itu ditempatkan disebuah yayasan dengan bayaran gaji pada gred 54 sahaja.

Mengikut adat dan tertib, titah perkenan Raja mesti ditaati. Raja cuma bercakap sekali sahaja. Pemerintah baru cipta sejarah dengan berani derhaka dengan titah Raja. Perkara begini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sultan Terengganu sebelum ini juga berkenan supaya pegawai senior menganti Pegawai Kewangan Negeri, namun dua orang pewai paling senior telah dinafikan haknya oleh MB baru denga melantik pegawai junior kejawatan Pegawai Kewangan Teregganu dengan derhaka titah.