Tuesday, August 19, 2014

Selamat Tinggal Penjaga Duit Rakyat

Nampaknya krisis MB Selangor sudah pun sampai ke penghujungnya apabila PAS menyatakan pendirian mereka bahawa mereka bersetuju dengan penukaran MB dengan mencalonkan ;

1. DSWA
2. Azmin Ali

Sebagai pengganti kepada Khalid.

Nama DSWA adalah buat syarat untuk tidak kecilkan ahti PKR. Pada hakikatnya PAS sangat jelas. Azmin Ali adalah calon utama mereka. Sultan sudah banyak kali menyatakan bahawa mereka tidak mahukan DSWA atas faktor wanitanya. Ini bukan kemahuan PAS. Tapi kemahuan sultan Selangor.

Kenapa ye, DSAI nak sangat DSWA. Adakah mode bargain power sangat utama? Sehingga hak2 rakyat diabaikan? Katakan lah, jika bargain power adalah motif sebenar mereka 
maka ;

1. Jika UMNO benar2 takut dengan bargain DSAI, mereka mungkin mengubah keputusan mahkamah, dengan mengatakan DSAI tidak bersalah ;

2. Atau, jika UMNO menuntut agar DSAI kemukakan sesuatu sebagai balasan untuk tidak dimasukkan ke dalam penjara ( balasan yang merugikan rakyat) ;

3. Atau, jika UMNO tidak peduli dengan tawaran DSAI, mereka masih boleh tunggu 3 tahun, mampu menyerap kerugian dalam tahun2 itu, dan mendapatkan kembali Selangor pada PRU ke 14. Harapan mereka untuk menawan Selangor sangat cerah. Apabila krisis Selangor ini mendidik rakyat tentang wajah sebenar ahli2 politik Malaysia. 

Dalam dunia ini, walaupun kita mahu berpartisan, perlu kita belajar terima hakikat. Ahli politik tidak akan pernah berada di landasan rakyat. Jika kita tidak pandai mengasingkan kepentingan rakyat dengan kepentingan peribadi, maka biarla kita bebas dari mana2 partisan. Jangan kerana parti, kita diheret ke dalam kancah bahaya yang menjerumuskan diri kita ke arah kekeliruan sampai halal haram pun dah takde beza.

Sebenarnya.  

Sangat susah untuk orang seperti Khalid Ibrahim bertahan dalam dunia politik. Untuk seseorang yang tak mengamalkan rasuah dan bersih dari korupsi, dunia politik bukan dunia dia. 

Khalid Ibrahim orang ekonomi. Yang mana kewangan adalah bidang dia. Pentadbiran dan pengurusan perniagaan adalah pengkhususan dia. Mentadbir negeri mengikut cara orang politik, bukan la sesuatu yang Khalid akan buat. Mungkin. Dengan masa PKR fikir Khalid akan berubah. Dia akan belajar untuk sesuaikan diri dan pemikiran dia mengikut situasi dan kehendak orang sekeliling. Tapi nampaknya Khalid yang dulu masih Khalid yang begitu. Dia tidak mahu berubah walau apa pun yang berlaku. Bukan sedikit kecaman dan penolakkan yang dia terima oleh orang2 PKR tetapi dia tak pernah peduli. Kurangnya dia dalam berpolitik dan lebihkan usaha dalam pentadbiran2 negara sangat menambat ahti rakyat Selangor.

Selama bertahun2 mereka mendapatkan menteri besar yang memang sangat pakar dalam berpolitik. Dan buat pertama kalinya menteri besar mereka berbeza dari kebiasaan. Sesungguhnya bukan la Khalid itu bagus sangat dalam mentadbir, tetapi kelainan dia memikat ahti rakyat Selangor. Sebab itu dalam krisis MB kita dapat melihat ;

1. Golongan berpartisan pro PR tegar memihak kepada partisan. Halal haram bukan motif mereka dari awal. Jangan pernah fikir mereka berpandukan kepada elemen ini. Halal dan haram hanya merujuk kepada tindakan rakyat. SEMUA PARTI ADALAH SAMA. BELAJAR TERIMA HAKIKAT. LEBIH CEPAT KAU BELAJAR TERIMA HAKIKAT, LEBIH CEPAT UNTUK KAU MATANGKAN PEMIKIRAN KAU.

2. Golongan atas pagar dan berparti ringan (semua jenis parti) yang keliru dan was2. Pada siapa mereka harus follow. Parti ataupun Khalid Ibrahim. Mereka tinjau situasi. Ada yang mudah dipengaruhi. Ada yang berbolak balik. Ada yang konsisten. Ada yang menfitnah disebabkan maklumat2 yang dia terima tersasar dari fakta. Ada juga yang berubah2. Kejap baca A sokong A. Bila baca B sokong B. Ada yang tak sokong mana2 pihak hanya persoalkan proses peralihan kuasa. Ada juga yang memilih untuk diam dan perhatikan tanpa bercakap apa2. Ada juga yang bergaduh.

3. Golongan berparti BN yang berperanan mengambil kesempatan untuk huru harakan keadaan. Mungkin ada yang benar2 menyokong kepimpinan Khalid. Tak yang lebih banyak diperlihatkan ialah golongan propa untuk jadi nasi tambah.

4. Golongan rakyat yang menyokong Khalid. Inila golongan yang paling suka dengan corak pentadbiran Khalid Ibrahim. Dan inila juga penyokong kuat Khalid. Sebenarnya. Ianya bukan mudah untuk membuatkan rakyat menyokong kita. Yang neh aku tabik juga Khalid sebab berjaya menghasilkan penyokong2 yang datangnya dari kategori rakyat. Kerana apa? Kerana sokong tanpa arahan, sokong tanpa tunduk pada parti, sokongan yang ikhlas. Ia benar2 datang dari kemahuan rakyat. 

Bagi mereka yang tidak tahu. Khalid Ibrahim memang mahu berundur. Dia akan pergi. Dan meninggalkan jawatan ini. Hanya buat usul undi tidak percaya dan dia akan pergi secara terhormat. Jika kemahuan sultan ialah bubar DUN, jangan salahkan Khalid secara peribadi. Itu bukan apa yang dia hajati. 

Dia takan letak jawatan kerana ia seakan2 mengiyakan tuduhan yang dibuat ke atasnya. Katakan. Jika ada orang memfitnah kita melakukan kesalahan dan mendesak kita meletakkan jawatan. Apakah kita akan letak jawatan? Bukan kah meletakkan jawatan bererti mengiyakan tuduhan tersebut? Itulah situasi Khalid Ibrahim.

Sekarang ;

1. Khalid akan mengadap sultan. Menjelaskan bahawa dia sudah kehilangan sokongan majoriti. Jika sultan arahkan dia berundur, dia akan pergi. 

2. Sultan akan meneliti calon2 yang PR kemukakan di Selangor. 

3. Jika sultan menolak, maka DUN akan dibubarkan. PRN akan diadakan.

Jangan salahkan Khalid secara membuta tuli. Bahkan, Khalid sendiri tidak mahu penyokong2nya mempertahankan dia. Dia memang mahu berundur dan sedia berundur. Terkesan sungguh di jiwanya atas apa yang berlaku. 

Bagi aku. Ada banyak perkara yang aku tak setuju tentang pentadbiran Khalid di Selangor. Aku komplen banyak kali. Aku komplen isu PATI. Aku komplen isu PPRT. Aku komplen isu perumahan. Aku komplen bab projek PKNS. Aku komplen bab pengagihan bantuan. Aku komplen itu ini. Tapi sungguh pun aku kuat komplen, aku juga takan tergamak nak menfitnah dia hanya semata2 dia tidak mahu berikan laluan pada seseorang. Berikan laluan untuk menyempurnakan agenda peribadi lagi la tak boleh dimaafkan. Tetapi nak bergaduh sampai mati pun tak guna juga. Kerana akhirnya rakyat macam aku akan terkesan dengan situasi politik seperti ini. Sungguh pun tindakannya betul demi menyelamatkan wang dari disalahguna, dia juga terpaksa melangkah pergi.

Berakhirnya pemerintahan Khalid di Selangor adalah bukti kepada korang bahawa sebersih mana pun kita, jika parti yang mengangkat kita tidak bersih, ia tidak akan mengubah apa2. Sebenci mana pun kita pada kezaliman BN jika ganti kita ialah penzalim, ia juga tidak akan mengubah status kita. Kita hanya melukakan ahti orang lain dan ahti sesama sendiri jika bersandar pada harapan palsu. 

Terima kasih Khalid Ibrahim. Terima kasih sebab tolong jaga wang rakyat Selangor. Terima kasih kerana mentadbir dengan jujur. Terima kasih kerana memilih untuk bebas dari rasuah. Terima kasih kerana meningkatkan rizab Selangor. Terima kasih di atas usaha kamu yang bersungguh2 mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor. Terima kasih kerana bersabar dan sanggup di maki hamun oleh partisan BN dan PR kerana berada di sisi kami. Terima kasih walaupun anda bukan pemimpin yang sempurna pada saya, tetapi anda lebih baik dari kebanyakkan barisan pemimpin yang sedia ada. Terima kasih kerana jadi berbeza dan terima kasih kerana kewujudan anda menjadi test subject bagi saya. Kerana saya kini sudah ada model contoh untuk dijadikan hujah kepada rakyat Malaysia bahawa partisan akan memilih untuk melindungi kepentingan mereka melebihi dari kepentingan rakyat. Ia terpakai untuk semua jenis parti yang bawa label islam, keadilan, kebajikan, sosialis, demokratik, janji ditepati atau apa. 

Sehingga rakyat disedarkan tentang wajah sebenar parti politik, sehingga rakyat menyeluruh bersatu, sehingga rakyat difahamkan bahawa blok2 politik akan sentiasa memisahkan perpaduan antara rakyat demi millage dan kepentingan mereka. Sehingga kita bangkit dan melawan atas nama kesatuan rakyat, jangan pernah berharap, keadilan akan bergolek di depan pintu rumah mana2 rakyat biasa macam aku dan kau. 

Kredit : Ameno World

No comments:

Post a Comment